TAFSIR
Sabtu, 24 November 2012 | 6:01 PG | 0 ChickyCherry
TERJEMAHAN DARIPADA SURAH AL-ZALZILAH
Ayat 1: Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
Ayat 2: Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
Ayat 3: Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
Ayat 4: Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:
Ayat 5: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
Ayat 6: Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
Ayat 7: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)
Ayat 8: Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)