Welcome to my world. Be nice here. Thank you.|+Follow | DBoard|

//Cheyenne

USULUDDIN: BAB 1
Sabtu, 17 November 2012 | 5:17 PG | 0 ChickyCherry
KONSEB DAN DASAR AGAMA

1.1 ISLAM AGAMA FITRAH

Manusia Tidak Dapat Lari Daripada persoalan-Persoalan Fitrah.

Allah S.W.T mencipta manusia dengan fitrah atau nakluri semula jadi yang suci yang mengenal kewujudan Pencipta. Kemudian Allah S.W.T turunkan Islam, agama yang bersesuaian dengan fitrah semula jadi manusia itu.



Terdapat beberapa persoalan yang sering timbul dalam fitrah naluri manusia sama ada disedarinya atau tidak. Di antara persoalan-persoalan itu ialah:


  • Siapakah saya?
  • Dari manakah saya datang?
  • Apakah tujuan kewujudan saya?
  • Apakah kesudahan hidup saya?
  • Adakah kehidupan lain selepas kehidupan di dunia ini?
  • Bagaimanakah caranya saya dapat menjamin kejayaan hidup saya di dunia ini dan selepas daripadanya.
  • Siapakah yang mencipta saya dan apakah sifat-sifatNya yang sebenar? Di manakah Dia?
  • Adakah Dia mahu saya lakuakan perkara tertentu terhadapNya?
  • Bagaimana saya boleh mendapat keyakinan bahawa saya berada di atas agama yang benar dan hak dan agama-agama lain semuanya bathil dan sesat?
Hanya Aqidah Islam Yang Mampu Menjawab Persoalan Fitrah Dengan Tepat.

Hanya aqidah Islam sohih sahaja yang mampu memberi jawapan yang tepat dan meyakinkan kepada persoalan-persoalan ini. Aqidah yang rosak dan agama yang sesat atau bathil (tidak benar) tidak mampu memberikan jawapan yang memuaskan tuntutan naluri manusia.

Jawapan Yang Tepat Menghasilkan Ketenangan Jiwa.

Jiwa manusia tidak akan merasa tenang dan tenteram selagi persoalan-persoalan fitriah ini tidak terjawab dengan tepat walaupun mereka tidak menyedarinya. Sebab itu kita sering mendengar mereka berkata bahawa mereka masih mencari-cari kebenaran dan kepastian dalam hidup. Sebagai seorang Islam, kita wajib bersyukur kerana telah "dipilih" oleh Allah S.W.T untuk menerima hidayahNya. Justeru, kita wajib melaksanakan tanggungjawab kita terhadapNya sebagai hambaNyasebaik mungkin. 

Older Post | Newer Post
The Webmaster



Bonjour Fellas! Congrats because you were step in this blog. Leave your footprints on my Shoutbox. Thanks

Navigations

Entries About Links

Tagboard



Put your shoutmix code here. Width must be 200-240 only.

Now Playing




Cheyenne by Greyson Chance

Credit



Template : Aina Hanani
Background : Sis Una
Image : We ❤ it
Best view : Google Chrome
Sucks on Mozilla and Internet Explorer