Tanah Tinggi
Ahad, 25 November 2012 | 5:09 PG | 0 ChickyCherry
Lebih 60 peratus daripada muka bumi negara kta terdiri daripada tanah tinggi yang melebihi 180 meter dari aras laut. Kawasan tanah tinggi terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia serta pedalaman Sabah dan Sarawak.Banjaran Titiwangsa
- Merupakan tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia.
- Banjaran yang terpanjang di Malaysia.
- Panjangnya kira-kira 480 km dan tingginya antara 900 meter hingga 2100 meter dari aras laut.
- Dikenal sebagai Banjaran Besar.
- Gunung Korbu (2182 m) merupakan kemuncak tertinggi.
- Mempunyai tiga pusat peranginan yang utama, iaitu Tanah Tinggi Genting, Tanah Tinggi Cameron, dan Bukit Fraser.
- Menjadi legeh dan kawasan tadahan bagi sungai-sungai utama di Semenanjung Malaysia.
TAFSIR
Sabtu, 24 November 2012 | 6:01 PG | 0 ChickyCherry
TERJEMAHAN DARIPADA SURAH AL-ZALZILAH
Ayat 1: Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
Ayat 2: Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
Ayat 3: Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
Ayat 4: Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:
Ayat 5: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
Ayat 6: Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
Ayat 7: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)
Ayat 8: Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)